Rabu, Disember 30, 2009

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS

Kelab guru mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada Pn. Zuraida bt Saidi. Beliau merupakan guru Pendidikan Seni Visual.

UCAPAN PENGERUSI KELAB GURU SESI 2009


En. A.Rahim b Mohd. Sharif merupakan Pengerusi Kelab Guru Sesi 2009. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah memberikan kerjasama sepanjang beliau memegang jawatan tersebut. Pengerusi Kelab Guru SMKSC untuk sesi 2010 telah diamanahkan kepada En. Revi Chander. Pelantikan beliau adalah atas cadangan dan permintaan semua guru. Tahniah kepada Pengerusi Kelab Guru yang baru. Selamat menjalankan tugas yang diamanahkan.

Khamis, November 19, 2009

GURU MUDA BERPELUANG JADI PENGETUA

BIDANG Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membawa kepada perubahan kenaikan pangkat pengetua dan guru besar.

Kini ia tidak lagi tertakluk kepada faktor kekananan, tetapi mengambil kira pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata, enam teras NKRA ialah mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkat taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman serta menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

NKRA meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan meliputi agenda kerajaan menawarkan ba'iah baru kepada pengetua serta guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan KPI sekolah masing-masing. Alimuddin berkata, antara elemen utama dalam KPI peringkat sekolah rendah ialah semua murid normal yang bersekolah dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) sebelum memasuki tahun empat, sasaran 100 peratus murid celik huruf serta kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum. Di peringkat sekolah menengah, KPI akan menumpukan perhatian antara lain kepada bidang kebitaraan (nitch area) masing-masing serta kejayaan yang dicapai termasuk peringkat antarabangsa.

Petikan dari Harian Metro,
Khamis, 19 November, 2009
Oleh Suliati Asri

Isnin, November 09, 2009

MESYUARAT GURU

Mesyuarat Guru telah diadakan di bilik mesyuarat bermula jam 12.40tgh hingga 2.10petang.
Puan Pengetua, Puan GPK Akademik, Puan GPK HEM, Wakil Puan GPK KOKO dan Puan GPK Petang telah menyampaikan ucapan dan pesanan masing-masing.
Catatan:
1. 30/12/09 - Mesyuarat guru (8.30pagi) diikuti mesyuarat Kurikulum
2. 31/12/2009 - Mesyuarat Kokurikulum dan Mesyuarat HEM.

Ahad, November 08, 2009

MESYUARAT GURU

Mesyuarat guru SMKSC akan diadakan pada 9/11/09 (Isnin) jam 12.30tgh di Bilik Mesyuarat SMKSC.

SALAM UNTUK SEMUA AHLI KELAB

Blog ini diwujudkan untuk memberi ruang kepada guru berinteraksi antara guru.

JAWATANKUASA KELAB GURU SEMESCO 2009

Pengerusi: En. Revi Chander
Setiausaha: Pn. Haleeza bt Jabar
Bendahari: Pn. Siti Maheran

AJK:
1. Pn. Zaharah bt Abdullah