Acara sambutan Hari Guru pada tahun ini ada sedikit kelainan. Acara diisi dengan solat hajat, bacaan Yasin, Persembahan pelajar, menyanyikan Lagu Tema Guru Malaysia, dan kemudian Ceramah Motivasi
Seluruh warga SMK. Sg. Choh mengalu-alukan kehadiran guru baru iaitu Pn. Suhana bt Othman yang akan memulakan tugas beliau sebagai guru Sains, Sivik dan Matematik. Selamat menjalankan tugas.
Seluruh warga SEMESCO mengucapkan selamat bertugas dan mengalu-alukan kehadiran tenaga pengajar baru iaitu Pn. Wan Zaharah bt Wan Mohamad yang berasal dari Kuala Terengganu. Beliau telah bertugas sebagai guru selama 13tahun, pengkhususan dalam ERT/KHB dari Universiti Pertanian Malaysia
Timbalan Pengerusi Kelab Guru, En. Ahmad Bokhari bersama AJK yang lain telah membincangkan mengenai jamuan Hitea dan pakaian seragam guru pada 2.11.2011 (Rabu) jam 2.45petang
Seramai 18orang guru menghadiri kursus Biro Tata Negara di Pulau Langkawi. Mereka menyertai kursus tersebut bersama Pelajar PPU-A dan PPU-B. Mereka juga berpeluang melancung dan membeli belah di pulau peranginan tersebut. Ada juga guru yang membawa bersama anak dan suami mereka.
Tahniah kepada guru yang telah berjaya menamatkan kursus tersebut dengan jayanya. Oleh kerana masalah teknikal, gambar guru lain tidak dapat disertakan - harap maaf